Wednesday, July 8, 2009

KURSUS KOMPUTER DAN PENGURUSAN ORGANISASI


Thursday, July 2, 2009

Kejohanan Piala Exco 08/09


untuk keterangan lanjut sila rujuk pada:
ustaz tarmizi-(0102967898) pengarah
ustaz fahmi-(0161099756) s/u

Tuesday, June 30, 2009

Iklan Bengkel PESAT PMRAM Siri Kedua







Sesiapa yang berminat, bolehlah mendaftar nama anda sebelum tarikh program diadakan kepada :

Ustaz Abdul Halim bin Ahmad
Timbalan Pengerusi (Ketua Lajnah Perancang)
DPM Damietta 2008/2009
(0108269818)

Friday, June 26, 2009

DISKUSI KITAB

Monday, June 22, 2009

JAULAH BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR(BKPJM)
BERITA BAIK BUAT ANAK -ANAK JOHOR DI DUMYAT ,BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR(BKPJM) AKAN MENGADAKAN JAULAH KE DUMYAT PADA 25/6/2009.MAKLUMAT LANJUT MENGENAI JAULAH INI AKAN DI MAKLUMKAN OLEH MANDUB JOHOR DI DUMYAT SENDIRI..SEMOGA WARGA JOHOR DI DUMYAT TIDAK KE MANA-MANA PADA TARIKH TERSEBUT

Wednesday, June 17, 2009

SENI SILAT GAYONG DAMIETTA
ASSALAMUALAIKUM..
Berita baik untuk ahli dewan perwakilan mahasiswa damietta,SENI SILAT GAYONG DAMIETTA kini kembali beraksi di gelanggang panglima suci mua'limin,rebutlah peluang beramai-ramai menyertainya.

Sunday, April 19, 2009

Isu Tarian Kebudayaan: PMRAM Sampaikan Hasrat Ahli
19 April- PMRAM bersama kepimpinan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) hari ini menyatakan kekesalan terhadap tarian kebudayaan Festival Kebudayaan dan Sukan ASEAN 2009 (FEKSAS 09) minggu lalu. Rombongan tersebut yang diketuai Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad turut disertai beberapa anggota Badan Pengurus PMRAM yang lain. Mereka tiba di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sekitar jam 11.30 pagi yang turut disertai kesemua Yang Dipertua BKAN dan Pengerusi DPM. Ketibaan mereka disambut oleh Pegawai Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Encik Zainudin Abdul Rahman dan Penolong Akauntan JPMK, Puan Latifah Saad....

SUMBER:-http://pmram.org

Tuesday, December 23, 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحا به اجمعين

Besyukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kita nikmat yang agung iaitu nikmat Islam dan Iman. Malahan kita juga diberi peluang meneruskan perjuangan para pejuang Allah untuk menegakkan kalimah Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah di seluruh pelusuk Bumi ini. Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian,Sama-sama kita merenung firman Allah yang selalu kita dengar dan baca serta selalu juga kita alpa dengan seruanNya dalam ayat tersebut :

ولولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون

Maksudnya :"Hendaklah ada di kalangan mereka satu golongan yang keluar untuk memahami agama dan memberi peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepada kaum mereka, mudah-mudahan mereka beringat."

(At-Taubah : 122)

Melangkah ke Bumi Anbia’ ini dengan niat untuk menuntut ilmu kerana Allah Subhanahu Wataala bermakna kita telah menanggung satu tugas yang amat berat dan besar sekali. Tugas yang berat ini merupakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita yang bergelar Azhari dan merupakan satu harapan besar agama, masyarakat, keluarga, sahabat-sahabat serta diri sendiri untuk melihat diri kita berjaya dalam bidang yang penuh cabaran dan dugaan ini.Tugas yang terpundak di atas bahu Azhari ini tidak boleh dipandang enteng oleh kita semua kerana seribu satu harapan mereka itu akan dipersoalkan semula oleh Allah kepada kita di akhirat kelak. Lantaran itu, wajarlah kita memerah tenaga dan keringat untuk memastikan usaha melahirkan ulama’ amilin yang professional dan berkaliber bagi meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan para da’ie pejuang Allah di masa akan datang akan tercapai. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Imtihan fasal awwal yang bakal tiba tidak lama lagi merupakan salah satu ujian dan cabaran kepada kita di Ardil Kinanah ini. Ia juga merupakan satu medan untuk melengkapkan diri menjadi seorang da’ie yang sejati kerana peluang inilah satu-satunya untuk kita mengkoreksi kembali diri kita sejauh manakah persediaan ilmu di dada untuk menghadapi para mad’u kelak. Ini kerana tuntutan tafaqquh fiddin dan untuk menjadi seorang da’ie bukan hanya berjaya membawa pulang segulung ijazah semata-mata, malahan perlu juga menguasai ilmu tersebut, memahaminya, mengamalkannya, menyampaikan kepada masayarakat dan mengubah masayarakat kembali kepada Islam yang sebenar. Justeru itu ana menyeru kepada diri ana sendiri serta para sahabat yang dikasihi sekalian agar kita semua mengambil kesempatan yang ada ini untuk menguasai sebaiknya dan sebanyak-banyaknya ilmu yang terdapat di sini dan bukan hanya menguasai muqarrar-muqarrar tertentu sahaja kerana ia akan merugikan kita pada masa akan datang.

Sempena imtihan semakin hampir ini juga ana ingin mengingatkan diri dan sahabat-sahabat sekalian agar sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan dengan makhlukNya. Hubungan dengan Allah perlu dititikberatkan kerana kita yakin bahawa hanya Allah sahajalah yang berhak memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada seseorang. Tanpa izin dariNya pasti kita tidak memperoleh apa jua yang kita hajati. Maka, sama-samalah kita memperbanyakkan amalan ibadah untuk mendekatkan diri kepadaNya seperti berqiamullail, membaca al-qur’an dan lain-lain lagi serta tidak lupa untuk sentiasa bermohon kepadaNya agar dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kita di dunia dan akhirat. Yang keduanya kita juga mestilah menjaga hubungan kita dengan makluk Allah keseluruhannya termasuklah ibu bapa, doktor di kuliah, sahabat-sahabat hatta dengan binatang yang terdapat di sekeliling kita. Sesungguhnya dengan niat yang ikhlas Lillahi Taala moga-moga mendapat keberkatan dariNya dan seterusnya mengurniakan kejayaan yang cemerlang insya’ Allah.

Akhir sekali, ana menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya sepanjang coretan kalam yang tidak seberapa ini ada kesilapan dan kekhalalan apatah lagi hanya coretan dhaif dari seorang yang bergelar ‘insan’ yang sering lupa dan khalal atas nikmat dan kurnianNya. Ana juga mewakili seluruh saf kepimpinan ahli jawatankuasa tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta 2008/2009 mengucapkan ‘Selamat Berjuang’ serta mendoakan kejayaan kita semua dalam imtihan kali ini, insya’ Allah. Amin. Wassalam.

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAHBELAJAR DAN BERBAKTI

Salam Imtihan Fasal Awwal 2008/2009, (ABDUL HALIM BIN AHMAD) Timbalan Pengerusi, Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta 208/2009

 

Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta. Copyright 2008 DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMIETTA by Template by http://dumyat.blogspot.com/